Cari @ Amanz

Pada bulan Mei yang lepas, pihak Sony telah memperkenalkan keluarga VAIO terbaru mereka, iaitu VAIO Fit, dan kini komputer riba tersebut telah pun mula ditawarkan untuk para pengguna tempatan.

Sony VAIO Fit

VAIO Fit 14 membawakan skrin 14-inci dengan resolusi 1600×900 pixel, didatangkan dengan pilihan Intel Core i5 dan i7, serta didatangkan dengan sistem operasi Windows 8.

Untuk VAIO Fit 14E pula, ia membawakan saiz skrin serupa, tetapi membawakan resolusi skrin 1366×768 pixel, serta ditawarkan dengan pelbagai pilihan pemprosesan bermula Intel Pentium.

Sony VAIO Fit

Kedua-dua siri komputer riba ini turut sama didatangkan dengan sokongan skrin sentuh, selain turut menyertakan sokongan NFC untuk pemindahan dan perkongsian data.

Sony VAIO Fit 14E ditawarkan pada harga bermula RM1599, manakala VAIO 14 ditawarkan pada harga bermula RM3299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd