Cari @ Amanz

Samsung telah melancarkan telefon pintar terkini mereka, Galaxy S4 pada bulan April yang lepas, dan kini dikatakan lebih 20 juta unit telah terjual pada saluran global mereka.

Samsung Galaxy S4

Angka ini hadir selepas pihak Samsung mengumumkan penjualan sebanyak 10 juta unit sebelum ini pada bulan Mei yang lepas.

Seperti semua sedia maklum, Galaxy S4 menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, kamera belakang 13-megapixel serta dilengkapi dengan Android 4.2.2 dan paparan antaramuka TouchWiz. Ia ditawarkan dalam dua variasi, iaitu versi 3G dan juga LTE.

Penjualan yang direkodkan ini adalah kepada penjualan saluran global, dan bukannya jualan kepada pengguna. Namun, angka pengeluaran yang direkodkan dicapai dengan lebih pantas berbanding sebelumnya, memperlihatkan permintaan yang tinggi untuk peranti terbaru Samsung ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd