Cari @ Amanz

Nokia hari ini turut memperkenalkan dua telefon feature phone yang dijana menggunakan platform operasi Series 40 – iaitu Nokia 207 dan Nokia 208.

Nokia 207 + Nokia 208

Kedua-dua peranti didatangkan dengan skrin QVGA bersaiz 2.4-inci, bateri berkapsiti 1020mAh, memori 64MB RAM, dan juga ruangan storan seluas 256MB (yang turut didatangkan dengan sokongan slot mikro-SD). Kedua-duanya turut dilengkapi dengan sokongan 3.5G, selain beberapa aplikasi popular seperti Twitter, Facebook, WhatsApp dan juga Nokia Xpress Browser.

Namun, peranti Nokia 208 membawakan penambahan dalam bentuk kamera belakang 1.3-megapixel, sementara Nokia 207 tidak menyertakannya.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan mula dijual bermula suku ketiga 2013 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd