BlackBerry 10.2 Bakal Membawakan Sokongan Membalas Mesej Terus Dari Notifikasi

BlackBerry 10.2 Bakal Membawakan Sokongan Membalas Mesej Terus Dari Notifikasi

Diterbitkan pada July 4, 2013 oleh .

BB 10.2 - NotifikasiBagi para pengguna BlackBerry 10, ia dijangka kemaskini 10.2 akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi. Namun, seperti biasa, kini beberapa paparan skrin untuk BlackBerry 10.2 hadir, memperlihatkan beberapa fungsi yang akan dibawa olehnya.

Daripada apa yang dilihat, ia menunjukkan yang mana BlackBerry 10.2 bakal menyertakan salah satu fungsi yang memudahkan para pengguna membalas sesuatu mesej, dimana hanya perlu menarik panel notifikasi, dan kemudiannya terus membalas melaluinya. Pengguna juga dikatakan akan memberikan kebolehan untuk mematikan ataupun menghidupkan fungsi notifikasi, disamping melihatnya pada lock-screen peranti berkenaan.

Selain sokongan tersebut, ia turut kelihatan BlackBerry 10.2 akan menyertakan fungsi WiFi Direct, membolehkan ia dihubungkan kepada pencetak dan pelbagai peranti yang lain dengan mudah.

Mungkin dalam beberapa minggu-minggu akan datang, kita akan melihat lebih banyak info berkenaan BlackBerry 10.2 tertiris sekaligus memperlihatkan apakah yang akan dibawakan olehnya.


TIPS & ULASAN