Samsung Mengambil-Alih Syarikat Penstriman – Boxee

Samsung Mengambil-Alih Syarikat Penstriman – Boxee

Diterbitkan pada July 4, 2013 oleh .

Boxee merupakan salah satu startup yang memfokuskan kepada penstriman media serta juga set-top box, dan kini ia kelihatan gergasi dari Korea Selatan, Samsung telah pun mengambil-alihnya pada harga sekitar $30 juta.

Boxee sebelum ini telah hadir sebagai perisian yang membolehkan pengguna menonton kandungan video dan TV terus pada PC, sebelum turut hadir dengan sebuah set-top box untuk dihubungkan ke televisyen.

Dengan pengambil-alihan ini, pasukan pembangun Boxee kini akan bekerja dibawah Samsung, dan mungkin kita akan melihat ia diintegrasikan sebagai sebahagian daripada Samsung Smart TV tidak lama lagi, sekaligus bukan sahaja menguntungkan pihak Samsung, tetapi turut menguntungkan pihak Boxee sekaligus.


TIPS & ULASAN