Gambar HTC One Mini Tertiris Sekali Lagi Ke Web

Gambar HTC One Mini Tertiris Sekali Lagi Ke Web

Diterbitkan pada July 4, 2013 oleh .

Selepas beberapa gambar yang dikatakan sebagai HTC One Mini tertiris ke arena web sebelum ini, kini, gambar peranti berkenaan hadir sekali lagi dalam paparan yang lebih jelas berbanding sebelumnya.

HTC One Mini

Pada kali ini, ia hadir dalam warna hitam, dan seperti semua sedia maklum, ia membawakan rekabentuk yang serupa dengan peranti HTC One sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, ura-ura awal mengatakan ia membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 720×1280 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, serta ruangan storan terbina 16GB. Peranti ini juga dijangka akan menjalankan sistem operasi Android 4.2.2 serta antaramuka HTC Sense terkini bersama-sama dengannya.

HTC One Mini

HTC One Mini

Tarikh pelancaran rasmi peranti ini masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN