Dengan populariti sokongan video pada Instagram yang kian diperkatakan setiap hari, nampaknya pihak Vine turut tidak ketinggalan, dan hari ini mengumumkan beberapa fungsi baru untuk perkhidmatan mereka.
Melalui kemaskini yang diumumkan hari ini, pihak Vine memperkenalkan sokongan lebih 15 saluran untuk pengguna menghantar kandungan mereka, sekaligus memudahkan mereka menemui kandungan yang diminati berdasarkan kategori yang disediakan.
Selain itu, pihak Vine juga kini memudahkan pengguna untuk berkongsi sesuatu video yang digemari mereka bersama rakan mereka yang lain, dengan hanya satu tap. Perkara ini dipanggil sebagai “Revining” oleh pihak Vine.
Disamping itu, beberapa sokongan lain yang diperkenalkan adalah termasuk kemaskini pada bahagian kamera, sokongan melihat video yang menerima tontonan tinggi pada sesuatu masa, serta kebolehan untuk menandakan sesuatu video Vine yang dikongsikan sebagai peribadi.
Kemaskini ini diperkenalkan untuk pengguna iOS terlebih dahulu, dan pengguna Android akan menerimanya pada minggu hadapan.