Cari @ Amanz

Pada bulan Mei yang lepas, kami sedia berkongsi mengenai perancangan pihak Telekom Malaysia untuk memperkenalkan aplikasi HyppTV untuk pengguna Android dan juga iOS. Kini, setelah lebih kurang enam minggu, ia kelihatan pihak Telekom Malaysia telah pun menerbitkan aplikasi berkenaan di Google Play Store.

HyppTV Android

Daripada penerangan yang dikongsikan pihak TM melalui halaman aplikasi berkenaan, ia dikatakan pengguna UniFi dan juga Streamyx (4Mbps & 8Mbps) boleh mendaftarkan diri untuk mengaksesnya, dimana pengguna akan diminta untuk melanggan Pack A (RM5 untuk 2 peranti) atau Pack B (RM10 untuk 5 peranti).

Aplikasi HyppTV

Seperti dikatakan sebelum ini, HyppTV untuk Android membolehkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai siaran saluran TV, mengikuti perlawanan bola sepak melalui HyppSports HD, serta menonton Video on Demand melaluinya.

Bagi pengguna yang ingin menggunakannya, boleh memuat-turun aplikasi HyppTV untuk Android ini daripada Google Play Store, dan mengujinya sendiri pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd