HyppTV Versi Web Turut Sedia Untuk Dilayari

HyppTV Versi Web Turut Sedia Untuk Dilayari

Diterbitkan pada July 4, 2013 oleh .

Pada halaman aplikasi HyppTV untuk Android, pihak Telekom Malaysia turut dilihat memperlihatkan sebuah pautan khas untuk perkhidmatan HyppTV versi web mereka, yang turut dipanggil sebagai HyppTV versi desktop.

HyppTV Web

Seperti biasa, pengguna perlu log masuk ke halaman tersebut untuk menikmati dan mengikuti pelbagai rancangan video, terus menggunakan pelayar web pada komputer mereka. Pihak TM dilihat menyediakan sebuah plugin khas, dan memerlukan pengguna memasangnya sebelum dapat mengikuti siaran daripada laman berkenaan.

Daripada percubaan kami sebelum ini, ia membawakan cara penggunaan yang ringkas dan mudah dikendalikan, selain turut membolehkan pengguna mengikuti rancangan yang di “Favourite” menggunakan peranti mudah-alih pada versi web.

HyppTV Web

Buat masa ini, pihak Telekom Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan pelancaran versi web mahupun versi Android mereka.


TIPS & ULASAN