Douglas Engelbart – Pereka Tetikus Meninggal Dunia

Douglas Engelbart – Pereka Tetikus Meninggal Dunia

Diterbitkan pada July 4, 2013 oleh .

Apple Macintosh Plus mouseDouglas Engelbart, dimana merupakan pereka disebalik tetikus telah pun meninggal dunia hari ini pada umum pada umur 88 tahun. Beliau terkenal sebagai perintis disebalik bidang interaksi antaramuka komputer, serta merupakan pereka tetikus komputer.

Pada hari ini, tetikus telah menjadi salah satu aksesori yang amat diperlukan untuk mengendalikan komputer, dan memberikan kaedah kawalan yang berbeza berbanding hanya bergantung kepada papan kekunci sahaja.

Ketika awal pengenalannya, beliau telah memfailkan paten atas nama “X-Y Position Indicator”, dan selepasnya, ia lebih dikenali dengan nama “Mouse” yang kekal sehinga hari ini.

Selain tetikus, Douglas Engelbart juga turut menyumbang dalam pelbagai bidang perkomputeran lain termasuk penyuntingan paparan, multiple windows dan sebagainya.


TIPS & ULASAN