Adakah Samsung Akan Meninggalkan Tizen Dan Memfokuskan Android?

Adakah Samsung Akan Meninggalkan Tizen Dan Memfokuskan Android?

Diterbitkan pada July 4, 2013 oleh .

Tizen Dari SamsungTizen telah mengalami pelbagai fasa pembangunan, tetapi setakat ini hanya satu tablet sahaja diumumkan, dan ia hanya untuk pasaran Jepun sahaja. Untuk Samsung pula, sehingga kini mereka masih belum melancarkan sebarang peranti mereka buat masa ini.

Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan pihak Samsung mungkin hanya akan mengeluarkan satu peranti berasaskan Tizen sahaja pada tahun 2014, dan mungkin akan memfokuskan sepenuhnya pada platform Android.

Berkenaan dengan kerjasama Intel pula, Samsung dan Intel dijangka akan terus hadir dengan beberapa kerjasama untuk projek Android tidak lama lagi. Intel sendiri sebelum ini memperlihatkan fokus mereka untuk platform Android dengan cip mudah-alih mereka.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui sama ada Tizen akan ditamatkan ataupun bagaimana. Memandangkan Tizen sedia mempunyai sokongan pelbagai pihak, maka mungkin ia tidak akan ditamatkan sebegitu sahaja. Namun, sekiranya Samsung kurang memberikan sokongan untuknya, maka mungkin pemasaran untuk platform Tizen akan menjadi sedikit sukar berbanding dengan adanya Samsung.


TIPS & ULASAN