BlackBerry Q5 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1299

BlackBerry Q5 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1299

Diterbitkan pada July 4, 2013 oleh .

Hari ini, pihak BlackBerry Malaysia telah pun melancarkan peranti penganti “Curve” versi BlackBerry 10 mereka – BlackBerry Q5. Untuk pasaran tempatan, ia akan ditawarkan bermula 5 Julai pada harga RM1299.

BlackBerry Q5 Di Malaysia

BlackBerry Q5 akan ditawarkan oleh pihak Celcom, Maxis, UMobile dan juga TuneTalk bermula daripada pertengahan bulan ini – 15 Julai. Selain ditawarkan melalui pakej syarikat telekomunikasi, peranti ini juga akan turut ditawarkan melalui para pengedar rasmi BlackBerry pada tarikh yang sama.

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry Q5 membawakan papan kekunci fizikal QWERTY, selain turut dilengkapi skrin sentuh bersaiz 3.1-inci (720×720 pixel), dijana menggunakan cip pemprosesan 1.2GHz dwi-teras, memori sebesar 2GB RAM, serta kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut didatangkan dengan sokongan LTE terbina.

BlackBerry Q5

Dengan pelancaran BlackBerry Q5, ia sekaligus membawa platform BlackBerry 10 kepada lebih banyak pasaran. Seperti biasa, ia memfokuskan kepada beberapa fungsi utama, termasuk BlackBerry Hub yang memudahkan para pengguna berkomunikasi dengan rakan-rakan sama-ada melalui laman sosial mahupun melalui emel, BBM dan sebagainya.

BlackBerry Q5 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, putih dan juga hitam.


TIPS & ULASAN