Permainan Tiny Thief Bakal Diterbitkan Rovio Untuk iOS Pada 11 Julai

Permainan Tiny Thief Bakal Diterbitkan Rovio Untuk iOS Pada 11 Julai

Diterbitkan pada July 4, 2013 oleh .

tiny-thiefRovio telah hadir dengan beberapa permainan sebelum ini, dan kini nampaknya mereka turut sama akan menerbitkan sebuah permainan baru yang dibangunkan oleh 5Ants Studio, dinamakan sebagai Tiny Thief.

Tiny Thief dijangka akan dilancarkan untuk pengguna iOS pada 11 Julai kelak, dan turut dijangka akan hadir untuk platform Android selepas itu.

Melalui permainan tersebut, pengguna akan menjadi “pencuri” dimana pemain akan mengawal watak berkenaan dalam mengumpulkan dan menyelesaikan sesuatu misi.

Daripada video yang diperlihatkan, ia menunjukkan permainan yang direkabentuk dengan kemas dan menarik. Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran permainan berkenaan pada minggu hadapan, dan melihat sendiri apakah yang akan dibawakan olehnya.


TIPS & ULASAN