Maxis dan Celcom sedia memperkenalkan pekhidmatan 4G LTE mereka, dan semestinya kini ramai menantikan pelancaran pihak DiGi pula. Beberapa desas-desus kini hadir di arena web, mengatakan kemungkinan pihak DiGi akan memperkenalkan perkhidmatan 4G LTE mereka sekitar Lembah Klang esok.
Sebelum ini, pihak DiGi adalah antara yang terawal menaik-taraf rangkaian mereka, dan mengikut jadual penaik-tarafan hanya terdapat beberapa tapak sahaja lagi yang belum dinaik-taraf buat masa ini.
Buat masa ini, laman DiGi masih tidak memaparkan sebarang info berkaitan pelancaran 4G LTE lagi, dan sekiranya perkara ini benar, maka mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam tempoh kurang 24 jam dari sekarang
Kemaskini (4.55 pagi) : Kelihatan laman DiGi Coverage kini turut memaparkan kawasan liputan untuk rangkaian 4G.