Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan mengenai Telekom Malaysia yang akan turut menawarkan perkhidmatan LTE sebelum ini, kini dikatakan syarikat telekomunikasi tersebut telah membuka tender daripada beberapa nama besar, termasuk Huawei, Ericsson, Samsung dan Alcatel-Lucent dalam menyediakan peralatan untuknya.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, TM dijangka akan menggunakan frekuensi 800Mhz untuk tujuan LTE, yang mana akan menawarkan rangkaian yang lebih meluas dengan sokongan dalam bangunan yang lebih baik.

Daripada apa yang dikongsikan, TM mensasarkan lebih 100,000 pelanggan LTE menjelang 2014, dan lebih satu juta pelanggan menjelang 2017.

Perkhidmatan tersebut dijangka akan diperkenalkan secara komersial menjelang bulan Februari tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd