Cari @ Amanz

JoliDrive iOSJolicloud merupakan salah satu sistem operasi yang amat dioptimasikan untuk skrin netbook suatu ketika dahulu. Namun, dengan pelbagai perubahan, mereka turut beralih dengan fokus kepada Jolidrive.

Dengan JoliDrive, ia berfungsi sebagai perhentian setempat untuk mengakses pelbagai fail dan akaun storan internet anda dengan mudah, dan melalui paparan yang amat mesra pengguna.

Menggunakan JoliDrive, pengguna boleh menghubungkan pelbagai akaun internet mereka, seperti Flickr, Instagram, Google Drive, SkyDrive, Evernote, Dropbox dan pelbagai pilihan yang lain, dan melihat kandungan pada akaun-akaun tersebut dalam paparan yang menarik.

JoliDrive ini kelihatan seperti kemaskini untuk aplikasi JoliCloud sebelum ini, dan buat kali ini, mereka turut menyertakan sokongan untuk iPad bersama-sama dengannya. Disamping itu, bagi pengguna AppleTV, turut boleh menggunakan AirPlay untuk melihat kandungan mereka melalui skrin yang lebih besar.

Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd