Cari @ Amanz

DiGi 4G LTESeperti dimaklumkan malam semalam, hari ini DiGi menjadi syarikat telekomunikasi ketiga memperkenalkan perkhidmatan 4G LTE mereka, dimana buat masa ini, ia diperkenalkan dalam bentuk pelan DiGi Broadband dan juga Tablet.

Daripada apa yang diperlihatkan, pihak DiGi menyediakan beberapa pelan. Dari segi liputan pula, ia hanya menyediakan tawaran di beberapa kawasan utama sekitar KL sahaja, iaitu Plaza Low Yat, 1 Utama Shopping Centre, Kota Damansara, Subang Indah Villa, Sunway Mentari, Bukit Bintang, KDU neighbourhood dan Cheras Pandan Indah.

Daripada apa yang diperlihatkan, pihak DiGi menyediakan kad-SIM khas untuknya dipanggil sebagai DiGiNet+ SIM, disamping pada masa yang sama menawarkan pelan DiGi 4G LTE On Demand pada harga langganan bermula RM8 sehari untuk 1GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd