Cari @ Amanz

Pada awal minggu ini, ia dimaklumkan yang mana HTC One S tidak lagi akan menerima kemaskini daripada pihak HTC. Tidak berpuas hari dengan perkara berkenaan, kini pengguna HTC One S mengumpulkan petisyan meminta pihak HTC meneruskan sokongan untuknya.

Sebelum ini, pada bulan Februari lepas, pihak HTC telah mengatakan One S akan menerima sokongan untuknya, dan pengumuman terbaru mengatakan tiada Android 4.2 dan juga Sense 5.0 membuatkan ramai yang sedih dan tidak menyukainya. Apatah lagi, sebelum ini pihak HTC pernah mengatakan mereka akan menyokong peranti Android sekurang-kurangnya selama 18 bulan selepas ia dilancarkan.

Bagi pengguna HTC One S boleh menyuarakan pendapat anda pada halaman petisyen khas yang disediakan. Sama-sama kita nantikan adakah pihak HTC akan hadir dengan maklumbalas untuknya ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd