Ramadhan, Diabetes & Me – Aplikasi iOS Memfokuskan Mereka Yang Menghidap Diabetes

Ramadhan, Diabetes & Me – Aplikasi iOS Memfokuskan Mereka Yang Menghidap Diabetes

Diterbitkan pada July 5, 2013 oleh .

Ramadan, Diabetes and MeDengan bulan Ramadhan yang menjelang tiba, terdapat pelbagai aplikasi yang dibangunkan pembangun seluruh dunia, dan salah satu aplikasi baru yang dilancarkan untuk pengguna iOS baru-baru ini adalah aplikasi Ramadhan, Diabetes & Me.

Aplikasi ini direkabentuk khusus memfokuskan untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes (type 2), dimana melaluinya ia menawarkan pelbagai informasi yang amat berguna untuk mereka yang menghidapnya dan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Pada masa yang sama, aplikasi ini turut menyertakan waktu solat harian, kompas arah kiblat, blood sugar tracker, jam loceng untuk sahur dan iftar, dan beberapa yang lain.

Aplikasi ini turut ditawarkan dalam tiga bahasa pilihan, iaitu Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga Arab.

Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini secara percuma dari AppStore.

Muat-Turun Aplikasi Ramadhan, Diabetes & Me untuk iOS


TIPS & ULASAN