Pengguna Xperia Z Tempatan Mula Menerima Kemaskini Android 4.2.2

Pengguna Xperia Z Tempatan Mula Menerima Kemaskini Android 4.2.2

Diterbitkan pada July 6, 2013 oleh .

Selepas pengenalan Android 4.2.2 untuk pengguna Xperia ZL beberapa minggu sebelum ini, kini para pengguna Xperia Z juga turut sama telah mula menerima kemaskini tersebut, dimana turut menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Xperia Z

Daripada apa yang diketahui, kemaskini ini telah boleh dimuat-naik oleh para pengguna peranti Xperia Z (C6603), dan kemaskini boleh dilakukan menggunakan PC Companion App daripada pihak Sony.

Kemaskini ini membawakan sokongan widget pada lockscreen, kebolehan mengubah akses tetapan pantas pada bar navigasi, sokongan untuk kad-SD sehingga 64GB, serta membawakan kemaskini aplikasi Sony Media yang terkini.

Bagi anda yang sedia menggunakan Sony Xperia Z, boleh mengemaskini peranti anda kepada platform terkini, dan menikmati pelbagai fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN