Cari @ Amanz

Google telah memperkenalkan perkhidmatan Google Hangouts pada I/O 2013 yang lepas, membawakan salah satu aplikasi permesejan yang menarik untuk pengguna iOS dan juga Android. Namun, salah satu fungsi menarik padanya yang tidak dibincangkan ramai adalah sokongan SMS untuknya.

Google Hangouts, selain boleh digunakan melalui aplikasi Android dan iOS, ia turut sama dioptimasikan untuk digunakan melalui SMS.

Google Hangouts SMS

Untuk mengaktifkannya, terlebih dahulu pengguna perlu menyertakan nombor telefon mereka pada halaman tetapan akaun, dan pada masa yang sama mengaktifkan fungsi menghantar mesej ke telefon dalam bentuk SMS.

Sebaik sahaja mengaktifkannya, apabila pengguna tidak berada dalam-talian, ataupun ke lokasi yang tiada talian internet, maka anda akan menerima mesej daripada Hangouts dalam bentuk SMS. Pengguna seterusnya boleh membalas mesej berkenaan dan menghantar ia terus kepada rakan-rakan mereka serta-merta menggunakannya.

Sokongan ini hanya disokong untuk pengguna Maxis, Celcom, dan DiGi sahaja. Daripada percubaan kami, untuk pengguna Maxis, mereka boleh membalas tanpa sebarang caj untuk penghantaran dan penerimaan SMS ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd