Dalam memperluaskan liputan rangkaian LTE, kini dilaporkan pihak Celcom akan bekerjasama dengan subsidiari Puncak Semangat, iaitu Altel Communications. Ia dikatakan kedua-duanya akan berkongsi spektrum pada 2600MHz untuk membangunkan rangkaian menggunakan teknologi LTE.
Daripada apa yang diketahui, ia dikatakan pihak Celcom akan menjadi penyedia infrastruktur eksklusif dan penyedia borang untuk Altel, yang mana akan menawarkan perkhidmatan MVNO (Mobile Virtual Network Operator).
Sebelum ini, Altel (yang dikenali sebagai Puncak Semangat Technology) telah menerima spektrum 40-MHz untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian 4G LTE mereka di Malaysia, sementara syarikat telekomunikasi lain termasuk Celcom menerima spektrum 20MHz.
Buat masa ini, Maxis, Celcom dan DiGi telah pun mula menawarkan perkhidmatan 4G LTE mereka untuk penguna mereka, namun hanya meliputi sebahagian kawasan kecil sahaja. Pada masa yang sama, ia turut dikatakan pihak Telekom Malaysia akan turut hadir dengan perkhidmatan LTE mereka pada awal tahun hadapan.