Perkhidmatan Sony myXperia Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Seluruh Dunia

Perkhidmatan Sony myXperia Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Seluruh Dunia

Diterbitkan pada July 6, 2013 oleh .

Sony my XperiaSony sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan myXperia mereka secara terhad dibeberapa buah negara pada awal tahun ini, dan kini kelihatan mereka telah mula memperkenalkan kepada pengguna peranti Xperia 2012 dan 2013 seluruh dunia.

Melalui perkhidmatan myXperia, ia menawarkan beberapa sokongan keselamatan, membolehkan pengguna mengetahui kedudukan semasa peranti mereka, mengawal peranti mereka sekiranya ia hilang atau dicuri, membuat bunyi yang kuat pada peranti sekiranya anda tersilap letak, ataupun memadamkan segala data pada peranti berkenaan. Kesemua sokongan ini dapat dilakukan dengan mengakses myXperia terus melalui web khas yang disediakan Sony.

Menurut Sony, perkhidmatan ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN