Infogram Memudahkan Pengguna Membuat Infografik Terus Melalui Pelayar Web

Infogram Memudahkan Pengguna Membuat Infografik Terus Melalui Pelayar Web

Diterbitkan pada July 6, 2013 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kebolehan untuk pengguna memaparkan data dalam paparan grafik yang menarik, seperti Piktochart dan sebagainya. Salah satu perkhidmatan yang menarik minat kami baru-baru ini adalah Infogram, yang mana membawakan paparan yang kemas dan mudah untuk digunakan.

Infogram

Melalui Infogram, ia menawarkan pilihan akaun berbayar dan percuma, dimana dengan membayar pengguna boleh memuat-turun infografik dan carta yang dibuat, sebaliknya untuk versi percuma, ia tidak menawarkan sokongan tersebut.

Sebaik sahaja pengguna mengakses laman Infogram, ia akan meminta pengguna untuk membuat pilihan tema yang bersesuaian, dan seterusnya menaip tajuk dan memasukkan data-data yang berkaitan. Untuk tujuan graf, pengguna boleh mengimport data, ataupun memasukkan ia secara manual pada laman berkenaan.

Infogram

Selain data berkenaan, pengguna juga turut boleh menyertakan beberapa media tambahan, termasuk gambar dan video pada infografik yang dibuat mereka.

Selesai membuat semuanya, pengguna akan diberikan pautan khas untuk berkongsi infografik yang dibina mereka, selain dikongsi bersama-sama yang lain melalui laman berkenaan.

Bagi pengguna yang berminat, mungkin boleh melayari laman Infogram hari ini, dan mencubanya sendiri dalam membangunkan infografik anda terus melalui pelayar web.


TIPS & ULASAN