Cari @ Amanz

Selepas beberapa gambar tertiris sebelum ini, kini gambar berkualiti tinggi hadir daripada Techdy, memperlihatkan rekabentuk kerangka telefon pintar berharga rendah daripada Apple yang dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

iPhone Bajet

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia menyerupai beberapa gambar yang tertiris sebelum ini, dan kelihatan ia turut sama akan dilengkapi dengan panel hadapan berwarna hitam bersama-sama dengannya.

Techdy turut melaporkan yang mana panel hadapan berwarna hitam akan melengkapi kerangka luar berwarna biru, merah jambu, kuning, hijau, dan juga putih. Ia turut dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 4-inci bersama-sama dengannya.

iPhone Bajet

iPhone Bajet

iPhone Bajet

Apple dijangka akan memperkenalkan telefon pintar iPhone versi “bajet” ini dalam beberapa bulan lagi, dan sama ada gambar ini sahih atau sebaliknya akan diketahui kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd