Kouio – Penganti Google Reader Dengan Paparan Antaramuka Yang Kemas

Kouio – Penganti Google Reader Dengan Paparan Antaramuka Yang Kemas

Diterbitkan pada July 7, 2013 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan baru yang hadir akhir-akhir ini sebagai penganti kepada Google Reader. Terkini, salah satu pembaca RSS yang hadir dengan antaramuka dan paparan yang menarik adalah Kouio.

Kouio

Kouio membolehkan para pengguna untuk mengimport data daripada Google Reader terus ke laman tersebut, dan mengikut langganan RSS mereka terus di laman tersebut.

Dari segi paparan, ia membawakan paparan yang amat cantik, dimana ia dipaparkan dalam tiga column, membolehkan pengguna melihat senarai langganan, topik-topik baru, dan juga membaca artikel sesuatu topik.

Perkhidmatan ini dikatakan akan dikenakan caj sebanyak $5 setahun. Tetapi, sebagai pengenalan, mereka menawarkan perkhidmatan tersebut selama percuma sepanjang bulan ini. Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri dan mencubanya sendiri hari ini.


TIPS & ULASAN