Cari @ Amanz

Beberapa perkhidmatan web telah pun sedia memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor dalam memastikan akaun pengguna selamat dan elak daripada diceroboh pihak ketiga. Pada Facebook, fungsi yang sama dinamakan sebagai Login Approvals.

Facebook Login Approvals

Login Approvals berfungsi untuk peranti baru sahaja, dan sekiranya anda sedia menggunakan pelayar web sedia ada pada sesuatu komputer, maka ia tidak akan meminta kod khas untuk mengakses akaun anda.

Facebook Login Approvals

Sebaik sahaja ia diaktifkan, pengguna akan diminta untuk memasukkan nombor kod khas yang dihantar ke peranti anda melalui SMS. Pengguna juga turut boleh membuat pilihan untuk mendapatkan kod akses melalui aplikasi Android atau iOS anda.

Untuk mula menggunakannya, pengguna hanya perlu ke halaman Security Settings, dan kemudiannya memilih Login Approvals. Anda boleh mengaktifkan ia, dan memilih sama ada untuk menggunakannya dengan aplikasi Facebook ataupun melalui SMS.

Daripada apa yang dikatakan pihak Facebook, pengguna mungkin akan mengalami sedikit lengah masa sekiranya melalui SMS, dimana penghantaran kod mungkin mengambil sedikit masa, berbanding dengan pada aplikasi Facebook pada telefon pintar anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd