Cari @ Amanz

Apple sedia menawarkan fungsi Dictation pada sistem operasi komputer mereka – OS X, dan kini ia dilaporkan beberapa kod ditemui pada iOS 7 Beta yang memperlihatkan sokongan serupa akan hadir ke platform operasi mudah-alih berkenaan.

Melalui fungsi Dictation, ia menawarkan sokongan penukaran suara ke input berasaskan teks. Buat masa ini, ia bergantung kepada internet, dimana suara dimuat-naik ke internet terlebih dahulu sebelum ia diubah ke teks. Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah dan Apple dijangka akan menawarkan kebolehan untuk memprosesnya terus pada peranti pengguna.

Perkara ini juga mungkin akan menambah-baik lagi sokongan input pada Siri, membolehkan pengguna membuat beberapa tugasan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan adakah fungsi Offline Dictation ini akan hadir ke iOS 7 kelak, ataupun hanya akan hadir pada versi akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd