Ura-Ura Berkaitan Tablet Dan Phablet Dari Nokia Kedengaran Kembali

Ura-Ura Berkaitan Tablet Dan Phablet Dari Nokia Kedengaran Kembali

Diterbitkan pada July 7, 2013 oleh .

Semuanya dijangka akan hadir dengan sokongan kamera yang baik.Sebelum ini, kita telah mendengar berkenaan dengan ura-ura dan desas-desus mengatakan pihak Nokia akan hadir dengan tablet tersendiri, selain menawarkan telefon pintar dengan skrin bersaiz besar. Kini, ia kedengaran kembali dengan beberapa informasi baru.

Daripada apa yang dikatakan, tablet Nokia kelak akan hadir dalam beberapa pilihan warna, termasuk hijau, hitam, kuning, putih, biru dan juga merah-jambu. Ia turut dijangka akan menawarkan skrin dalam pilihan saiz 10.5-inci dan juga 8.5-inci.

Untuk telefon pintar pula, ia dikatakan Nokia akan hadir dengan skrin bersaiz antara 6 ke 7-inci dan dijangka akan hadir sekitar Jun 2014 kelak. Selain phablet, Nokia turut dikatakan akan hadir dengan beberapa peranti baru yang membawakan saiz skrin lebih besar, termasuk Lumia 926 yang dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci.

Apa pun, seperti biasa ia hanya sekadar ura-ura awal, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN