MailDrop Menawarkan Perkhidmatan Akaun Emel Pakai-Buang Sementara

MailDrop Menawarkan Perkhidmatan Akaun Emel Pakai-Buang Sementara

Diterbitkan pada July 7, 2013 oleh .

Kadang-kala mungkin anda ingin melihat sesuatu tawaran di internet yang memerlukan alamat emel anda. Mungkin anda tidak ingin memberikan alamat emel sebenar anda, dan ingin hanya sekadar menawarkan alamat emel sementara sahaja. Untuk tujuan ini, beberapa perkhidmatan emel sementara percuma disediakan dan salah satunya adalah MailDrop.

MailDrop

Melalui MailDrop, pengguna hanya perlu memilih sebarang nama emel, dan kemudian boleh mengakses ke halaman inbox-nya tanpa memerlukan sebarang kata laluan dan sebagainya.

MailDrop menawarkan sokongan untuk menyimpan sehingga 10 emel pada sesuatu masa, dan ia akan memadam semua mesej daripada inbox dalam tempoh 24 jam. Setiap emel juga terhad kepada 100kB pada perkhidmatan tersebut.

Memandangkan ia tidak memerlukan sebarang kata laluan, maka ia membolehkan sesiapa sahaja mengakses inbox sekiranya mengetahui alias yang digunakan anda.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin memerlukan alamat emel sementara, ataupun tidak ingin memberikan emel sebenar anda untuk beberapa penyedia, mungkin MailDrop boleh membantu anda.


TIPS & ULASAN