Google Dilaporkan Membayar AdBlock Plus Untuk Tidak Menghalang Iklannya

Google Dilaporkan Membayar AdBlock Plus Untuk Tidak Menghalang Iklannya

Diterbitkan pada July 8, 2013 oleh .

AdBlock Plus merupakan salah satu plugin popular pada Chrome dan Firefox (baru-baru ini turut dilancarkan pada IE) yang menawarkan sokongan untuk menghalang iklan-iklan yang menganggu ketika melayari web.

Adblock Plus

Terkini, ia dikatakan pihak Google membayar pihak pembangun AdBlock Plus supaya tidak menghalang iklan mereka melaluinya. Perkara ini bukan sesuatu yang baru, dimana pihak pembangunnya sedia memperkenalkan fungsi Acceptable Ads pada 2011, membolehkan sesebuah penyedia “whitelist” iklan mereka.

Perkara ini sekiranya benar, maka mungkin ia akan menguntungkan pembangun web sekaligus menguntungkan Google sendiri. Seperti semua sedia maklum, kebanyakkan web di internet bergantung kepada pendapatan berasaskan pengiklanan, dan ini akan membolehkan mereka menjana pendapatan melaluinya, dan tidak terhalang disebabkan pengguna menggunakan AdBlock Plus.

Fungsi AdBlock Plus dibangunkan sendiri boleh dikatakan adalah untuk mengurangkan iklan-iklan yang menganggu di web, terutamanya berbentuk popup dan sebagainya.

Mungkinkah dengan ini ia akan membolehkan pengiklanan di internet dikawal dengan lebih baik, tanpa menganggu pengguna ketika melayari web?


TIPS & ULASAN