Cari @ Amanz

Terdapat ratusan aplikasi menarik untuk para pengguna Android untuk digunakan sepanjang tahun, termasuk pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba minggu ini. Berikut, kami himpunkan beberapa aplikasi menarik, yang mungkin anda berminat untuk memasang pada peranti mudah-alih anda.

Waktu Solat Malaysia

Waktu Solat Malaysia

Terdapat pelbagai pilihan aplikasi yang memfokuskan kepada waktu solat, dan kami meminati Malaysia Prayers Time yang membawakan antaramuka yang kemas dan minimalis untuk pengguna Android. Selain hanya menawarkan sokongan waktu solat sahaja, ia turut mengintegrasikan sokongan kompas untuk membolehkan pengguna mengetahui arah kiblat dengan mudah.

Aplikasi sama juga turut menyertakan sokongan untuk melihat surau dan juga masjid yang berdekatan, dimana ia menarik data daripada FourSquare, dan memaparkannya dengan cantik pada aplikasi berkenaan.

Salah satu perkara yang turut menjadikan aplikasi ini menarik berbanding yang lain adalah sokongan widget pada aplikasi ini, membolehkan pengguna menyertakannya pada home screen peranti anda, dan mengikuti waktu solat dengan mudah. Pengguna turut boleh menetapkan alarm terus melalui aplikasi untuk pelbagai waktu solat, termasuk untuk waktu imsak.

Quran

Quran Android

Aplikasi ini mungkin telah sedia digunakan oleh ramai pengguna seluruh dunia, dimana seperti pada namanya, ia membolehkan para pengguna untuk mengikuti dan membaca ayat-ayat al-Quran terus pada tablet atau telefon pintar anda.

Aplikasi ini turut sama menyertakan sokongan terjemahan, membolehkan pengguna untuk memuat-turun terjemahan dalam bahasa Malaysia, dan mengetahui terjemahaan sesuatu ayat dengan mudah. Bagi mereka yang berminat, anda turut boleh memuat-turun audio dan mendengar bacaan untuknya terus melalui aplikasi ini.

Mutabaah Ramadhan

Mutabaah Ramadhan

Mungkin ramai yang sedia maklum berkaitan dengan mutabaah, dimana ia berfungsi sebagai checklist dalam usaha untuk terus meningkatkan pelbagai amalan harian kita. Aplikasi ini menyertakan sokongan waktu solat, disamping turut mengintegrasikan checklist tersendiri, membolehkan anda menandakannya, dan melihat statistik dalam paparan yang kemas.

Ramadhan 2013 MY

Ramadhan 2013 MY

Aplikasi khusus untuk bulan Ramadhan ini menyertakan beberapa panduan bersama-sama dengannya. Melalui aplikasi berbahasa Malaysia ini, ia membolehkan para pengguna untuk mengikuti panduan puasa, disamping turut menyertakan niat dan doa untuk bersahur dan juga berbuka. Sokongan audio turut disertakan, membolehkan pengguna untuk mendengar bacaan doa tersebut.

Selain itu, aplikasi ini juga turut menyertakan paparan waktu berbuka dan juga imsak sepanjang bulan Ramadhan ini mengikuti negeri-negeri di Malaysia.

Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan

Aplikasi berbentuk soal-jawab, dimana ia mengumpulkan pelbagai persoalan yang hadir oleh ramai pengguna berkenaan dengan bulan puasa ini. Lebih kurang 71 persoalan dan jawapannya disediakan, membolehkan para pengguna membaca dan memahaminya ketika masa terluang.

Menurut pembangunnya, segala data yang dikumpulkan hadir daripada laman IslamGrid yang mana merupakan projek usahasama Jakim dan juga MAMPU.

Lain-Lain

Terdapat pelbagai aplikasi lain lagi yang khusus untuk pengguna beragama Islam, termasuk daripada pihak Jakim sendiri yang dinamakan sebagai myJakim, disamping tidak ketinggalan pihak Astro yang hadir dengan aplikasi Imam Muda.

Sekiranya anda sendiri mempunyai aplikasi pilihan tersendiri, jangan lupa berkongsi dengan kami melalui kotak komen dibawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd