“Ragnarok Online : Prequel” Akan Hadir Ke Pelayar Web

“Ragnarok Online : Prequel” Akan Hadir Ke Pelayar Web

Diterbitkan pada July 8, 2013 oleh .

Ragnarok Online : PrequelRagnarok Online boleh dikatakan sebagai salah satu permainan popular dikalangan para pemain berasaskan internet, dan kini kelihatan permainan tersebut akan hadir dalam bentuk permainan yang dioptimasikan pada pelayar web.

Daripada video trailer yang diperlihatkan, permainan yang dinamakan sebagai Ragnarok Online : Prequel ini kelihatan membawakan kaedah permainan yang menyerupai permainan pertama Ragnarok Online serta membawakan beberapa penambah-baikkan padanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah versi antarabangsanya akan dilancarkan kepada umum, dan memandangkan Ragnarok Online 2 baru dilancarkan pada penghujung tahun lepas, maka mungkin permainan yang dibangunkan syarikat dari China – Dream 2 ini akan mengambil sedikit tempoh masa sebelum hadir untuk semua pengguna.

Permainan versi web ini dibangunkan oleh Dream2 yang menerima lesen daripada Gravity.


TIPS & ULASAN