Anda Mungkin Mengalami Masalah Mengakses Web Pada Pelayan Amerika Dan Eropah Sehingga Jumaat

Anda Mungkin Mengalami Masalah Mengakses Web Pada Pelayan Amerika Dan Eropah Sehingga Jumaat

Diterbitkan pada July 8, 2013 oleh .

Selain daripada penyelengaraan pihak TM pada kabel yang menghubungkan ke Eropah, kini pihak TM berkongsi dengan kami mengatakan sebuah operator di Amerika Syarikat turut sama sedang melakukan penyelengaraan kabel dasar laut yang mana akan memberikan kesan kepada pelayaran web untuk pengguna tempatan.

Daripada apa yang dikongsikan pihak TM, perkara ini akan memberikan kesan kepada pelayaran web yang dihoskan pada server di Amerika Syarikat dan juga Eropah, dan dijangka akan selesai menjelang hari Jumaat ini.

TM sedia mengambil beberapa langkah awal dalam menangani masalah ini, tetapi pengguna mungkin masih mengalami sedikit lengah masa ketika melayari laman-laman di pelayan Eropah dan Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN