Cari @ Amanz

Sebelum ini kita telah melihat aplikasi InstaDeen daripada pembangun Malaysia, dan kini rakan kita dari Indonesia pula hadir dengan aplikasi yang lebih kurang serupa dan rekabentuk yang lebih kemas, dinamakan sebagai Ainun.

Ainun iOS

Aplikasi Ainun memfokuskan kepada pengguna iOS sahaja buat masa ini, dimana ia menyertakan lebih 10 pilihan filter, serta membolehkan pengguna menambah pelbagai mutiara kata, disamping menyertakan sokongan untuk menambah seni khat pada gambar.

Pengguna juga turut sama boleh menambah info lain pada gambar seperti cuaca, waktu solat dan sebagainya, sebelum gambar berkenaan dikongsikan bersama-sama rakan anda yang lain.

Ainun iOS

Bagi anda yang ingin melihat gambar hasil daripada aplikasi Ainun ini, boleh melayari laman web rasmi untuknya, sementara bagi mereka yang berminat untuk memuat-turun aplikasi ini, boleh mendapatkannya daripada AppStore secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd