Dengan lebih ramai yang mula memfokuskan kepada arena internet untuk menonton pelbagai siri video dan kandungan, hari ini pihak Google Malaysia mengumumkan pelancaran saluran baru di YouTube, dinamakan sebagai Ramadhan Raya.
Saluran ini hadir dengan kerjasama beberapa pihak, termasuk Astro, Nestle, Animonsta dan beberapa yang lain. Melaluinya, ia mengumpulkan pelbagai jenis kandungan video menarik, memfokuskan kepada bulan Ramadhan. Daripada apa yang dilihat, ia meliputi kandungan daripada resipi masakan, ulasan makanan sehinggalah kepada animasi, lagu Ramadhan dan Raya, serta liputan pasar Ramadhan.
Bagi anda yang berminat, boleh melayari saluran khas yang disediakan di YouTube, dan mengikuti pelbagai kandungan yang disajikan melaluinya.