Carian
4 Aplikasi Menarik Untuk Windows Phone Bersempena Bulan Ramadhan
July 8, 2013 Aman

Awal hari ini, kami telah mengumpulkan beberapa aplikasi menarik bersempena Ramadhan untuk pengguna Android, dan kini untuk pengguna Windows Phone, sebanyak 4 aplikasi menarik dikumpulkan yang ditawarkan secara percuma untuk para pengguna platform Windows Phone 7.5 dan juga Windows Phone 8.

Masjid Dimana

Masjid Dimana WP

Seperti pada nama, aplikasi ini menawarkan lokasi masjid dan juga surau berdekatan, sesuai untuk mereka yang merantau atau ingin mencari masjid ketika dalam perjalanan.

Aplikasi ini turut diintegrasikan dengan sokongan pemetaan, membolehkan pengguna menetapkan navigasi ke sesuatu lokasi serta merta melalui aplikasi berkenaan. Masjid Dimana ini menyokong pengguna platform Windows Phone 7.5 dan ke atas.

My Prayer

My Prayer WP

Aplikasi memfokuskan kepada waktu solat yang didatangkan dengan rekabentuk berasaskan Metro. Melaluinya, pengguna boleh menetapkan alarm dan mendengar azan ketika memasuki waktu solat. Selain itu, aplikasi ini turut mengintegrasikan sokongan kompas, membolehkan anda mengetahui arah kiblat melaluinya. Beberapa tetapan disertakan, membolehkan pengguna untuk memilih beberapa perkara melaluinya.

Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Windows Phone 7.5 dan ke atas.

Ramadhan Times

Ramadhan Times

Ramadhan Times boleh dikatakan salah satu aplikasi khusus untuk Ramadhan yang membawakan pelbagai fungsi menarik dalam paparan Metro.

Melaluinya, ia membolehkan pengguna mengikuti waktu solat, mengakses kalkulator zakat, mengikuti hadis dan ayat al-quran dan beberapa yang lain. Menariknya, ia turut didatangkan dengan sokongan Live Tiles. Namun, aplikasi ini hanya khusus untuk pengguna Windows Phone 8 sahaja.

Risalah Ramadhan

Risalah Ramadhan

Pernah dikongsikan oleh kami sebelum ini, aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun dari negara jiran ini menawarkan beberapa panduan serta rujukan berkaitan dengan bulan Ramadhan. Antara info yang disertakan adalah termasuk berkaitan puasa, sahur, solat sunat dan beberapa yang lain.

Komen