Carian
Windows 8.1 RTM Akan Dilancarkan Pada Bulan Ogos 2013
July 9, 2013 Aman

Pihak Microsoft telah pun memperkenalkan Windows 8.1 Preview pada bulan lepas, dan hari ini mereka berkongsi akan mengenai perancangan seterusnya, dimana Windows 8.1 RTM (Release To Manufacturer) dijangka akan diperkenalkan kepada para pengeluar peranti menjelang bulan Ogos 2013 kelak.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana kemaskini Windows 8.1 akan hadir kepada semua pengguna seluruh dunia menjelang bulan Oktober atau November kelak.

Windows 8.1 membawakan beberapa perubahan, termasuk lebih kebebasan untuk mengubah warna latar, gambar latar, saiz Tiles, selain membawakan pelbagai aplikasi baru termasuk Internet Explorer 11 dan juga butang Start yang dimohon ramai.

Komen