Apple Mengeluarkan iOS 7 Beta 3 Untuk Para Pembangun

Diterbitkan pada July 9, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas dua versi beta sebelum ini, kini pihak Apple mengeluarkan versi beta yang ketiga untuk platform operasi mudah-alih mereka, membolehkan para pembangun yang menggunakannya memuat-turun dan mengemaskini pemasangan mereka.

Daripada apa yang dilihat, saiz fail untuk dimuat-turun adalah sekitar 200MB, dan apakah perubahan yang dibawakan olehnya tidak diketahui buat masa ini.

Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan iOS 7 Beta yang membawakan beberapa fungsi baru, termasuk kemaskini dari segi antaramuka. Walaupun ia menerima maklumbalas positif daripada beberapa pembangun buat masa ini, namun salah satu perkara yang masih menjadi masalah utama boleh dikatakan adalah jangka masa penggunaan bateri padanya. Mungkinkah versi beta ketiga ini mengatasi masalah berkenaan?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami