Ura-ura dan desas-desus mengenai tablet daripada Nokia telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini sebuah gambar tablet hadir, dikatakan sebagai prototaip awal untuk tablet berasaskan Windows RT daripada pihak Nokia.
Mengikut apa yang dikongsikan, prototaip berkenaan dijana menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 1.3GHz, memori sebanyak 2GB RAM, sokongan slot-SIM, HDMI-out dan USB. Ia turut dikatakan yang mana tablet tersebut tidak lagi diteruskan disebabkan beberapa perkara, termasuk salah satunya adalah kerana versi cip pemprosesan yang sudah sekian lama diperkenalkan.
Kesahihan penuh berkaitan gambar tersebut tidak diketahui buat masa ini. Namun, sesuatu yang boleh dikatakan adalah dimana mungkin pihak Nokia akan hadir dengan tablet Windows mereka tidak lama lagi.