Cari @ Amanz

Dengan aplikasi pemetaan seperti Waze yang semakin popular, mungkin kebergantungan terhadap peranti bersaingan untuk GPS telah berkurangan. Namun, Garmin kelihatan ingin terus membawakan pembaharuan, dan kini memperlihatkan sebuah HUD khas yang disambungkan bersama peranti pintar pengguna.

Garmin HUD

Daripada apa yang dikongsikan pihak Garmin, HUD ini boleh dihubungkan kepada telefon pintar iOS, Android dan juga Windows Phone, dan memperlihatkan laluan perjalanan dalam bentuk menarik.

Seperti biasa, ia akan memaparkan arah perjalanan, kelajuan kenderaan, had kelajuan jalan-raya dan juga masa perjalanan.

Menurut pihak Garmin, dengan HUD ini ia akan membolehkan pemandu untuk mengikuti navigasi tanpa terganggu dan perlu alihkan pandangan mereka.

Garmin HUD ini dijangka akan ditawarkan dalam beberapa bulan lagi pada harga $129.99.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd