Kini, Jelly Bean Merupakan Versi Android Paling Meluas Digunakan

Kini, Jelly Bean Merupakan Versi Android Paling Meluas Digunakan

Diterbitkan pada July 9, 2013 oleh .

Setelah bulan demi bulan Android versi Gingerbread mendahului carta, kini melalui kemaskini untuk bulan Julai, ia kelihatan Android Jelly Bean telah menjadi versi paling meluas digunakan dengan mencapai jumlah peratusan sehingga 37.9% peranti.

Android Julai 2013

Gingerbread pula kini pada 34.1% peranti, dan memperlihatkan penurunan dari hari ke hari. Ice Cream Sandwich pula menduduki tangga ketiga dengan jumlah peratusan mencapai 23.3% peranti seluruh dunia.

Boleh dikatakan angka peranti Jelly Bean terus bertambah dari hari ke hari memandangkan lebih banyak peranti baru hadir dengan platform operasi tersebut, selain turut digunakan dengan meluas pada peranti Android berspesifikasi rendah.

Mungkin sekiranya trend ini berterusan, kita akan melihat angka penggunaan peranti berasaskan Android Jelly Bean terus bertambah dari hari ke hari, sekaligus memudahkan para pembangun mengoptimasikan aplikasi mereka untuk Android.


TIPS & ULASAN