Gambar peranti Nokia Lumia 1020 yang turut dikenali dengan nama Lumia”EOS” telah tertiris beberapa kali ke arena web sebelum ini, dan kini ia turut diperlihatkan dalam pilihan warna kuning dan putih.
Mengikut desas-desus sebelum ini, peranti Windows Phone terbaru daripada Nokia ini kelak dijangka akan menyertakan kamera 41-megapixel, disamping beberapa fungsi khas termasuk OIS (Optical Image Stabilization), fokus yang lebih baik, tetapan shutter speed dan beberapa yang lain.
Nokia dijangka akan mengumumkan peranti ini pada penghujung minggu ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenai peranti ini pada acara media berkenaan.