Sehingga hari ini, sekiranya anda menerima DM (Direct Message) daripada rakan melalui Twitter, kadang-kala ia masih akan memaparkan sebagai tidak baca pada web, walaupun telah membukanya pada peranti mudah-alih. Kini, perkara tersebut berubah melalui kemaskini baru yang hadir daripada pihak Twitter.
Twitter hari ini memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android, iPhone, iPad, Mac, TweetDeck dan juga Twitter Mobile, membolehkan segala DM yang diterima sync antara peranti, sekaligus memudahkan anda mengikuti mesej yang dihantar oleh rakan-rakan anda.
Untuk menikmati fungsi ini, pengguna boleh mengemaskini aplikasi mereka, dan mula menggunakan fungsi baru ini yang memudahkan proses pengurusan DM pada Twitter.
Pada masa yang sama, untuk pengguna iPhone, pihak Twitter kini membolehkan pengguna membalas Tweet dengan lebih mudah, disamping memudahkan pengguna membuat carian akaun rakan untuk diikuti dengan lebih pantas.