HTC Desire 600 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM1199

HTC Desire 600 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM1199

Diterbitkan pada July 9, 2013 oleh .

HTC Desire 600 telah diperkenalkan oleh pihak HTC sebelum ini yang mana membawakan peranti Android berspesifikasi pertengahan dengan fungsi-fungsi baru HTC seperti Blinkfeed dan juga HTC Boomsound. Kini peranti berkenaan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan.

desire-600

HTC Desire 600 membawakan sokongan dwi-SIM, didatangkan dengan skrin bersaiz 4.5-inci, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera hadapan 1.6-megapixel, serta sokongan Beats Audio.

Peranti ini boleh didapati daripada para pengedar tempatan bermula hari ini pada harga RM1199.

htc-desire-600


TIPS & ULASAN