HTC Desire 200 Turut Hadir Untuk Pasaran Tempatan

HTC Desire 200 Turut Hadir Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada July 9, 2013 oleh .

Selain daripada HTC Desire 600, pihak HTC Malaysia juga turut mengumumkan penawaran peranti HTC Desire 200 untuk pasaran tempatan. Seperti semua sedia maklum, HTC Desire 200 merupakan telefon pintar dengan ciri-ciri asas yang dijual pada harga RM499 di pasaran tempatan.

htc-desire-200

Dari segi spesifikasi, HTC Desire 200 membawakan skrin bersaiz 3.5-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, dan juga kamera 5-megapixel pada bahagian belakang.

HTC Desire 200 turut didatangkan dengan sokongan Beats Audio bersama-sama dengannya.

Di Malaysia, ia telah mula dijual oleh beberapa pengedar rasmi tempatan bermula minggu ini.


TIPS & ULASAN