Carian
Google Memperkenalkan Halaman Hab Khas Bersempena Ramadhan
July 9, 2013 Aman

Selain memperkenalkan saluran Ramadhan Raya semalam pada YouTube Malaysia, hari ini pihak Google turut sama memperkenalkan sebuah halaman hab khas bersempena dengan bulan Ramadhan.

Melaluinya, pengguna boleh mengikuti beberapa perkara berkaitan dengan bulan Ramadhan, termasuk beberapa video yang disertakan, mengikuti solat Terawih secara langsung dari Masjidil Haram Makkah, mengikuti beberapa rancangan khas melalui YouTube dan Hangouts on Air dan beberapa yang lain.

Pihak Google juga turut sama mempromosikan penggunaan Google+ Hangouts dalam mengekalkan hubungan bersama mereka yang jauh, dan juga menggunakan Google Maps untuk merancang perjalanan anda.

Komen