PC Fair, GoMobile Dan Digital Lifestyle Expo Bakal Dianjurkan Serentak

PC Fair, GoMobile Dan Digital Lifestyle Expo Bakal Dianjurkan Serentak

Diterbitkan pada July 9, 2013 oleh .

Selama ini, acara PC Fair dan GoMobile dianjurkan secara berasingan, dan kini kedua-dua pihak penganjur kelihatan bekerjasama, dan bakal menganjurkan ia pada masa yang serentak.

PIKOM PCFair - GoMobile

Daripada apa yang diumumkan, PC Fair, GoMobile dan juga Digital Lifestyle Expo akan dianjurkan pada masa yang sama pada bulan Ogos ini. Ia bakal diadakan di KL Convention Centre bermula 23 Ogos sehingga 25 Ogos kelak, sekaligus menjadi satu acara yang mengumpulkan pelbagai tawaran berkaitan IT dan perkomputeran pada masa kini.

Pada masa yang sama, pihak PIKOM turut berkongsi mengatakan kini kadar penembusan peranti mudah-alih di Malaysia mencapai angka 143.4%, dan masih berkembang pesat dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN