Setelah memperkenalkan pelayar web berasaskan enjin Chromium untuk para pengguna desktop pada minggu lepas, hari ini Opera Software turut melancarkan pelayar web Android mereka yang berasaskan kepada enjin Chromium 28 kepada umum.
Seperti biasa, ia membawakan sokongan popular Speed Dial, selain tab Discover. Pada Opera 15, pembangunnya mengatakan kini ia berfungsi lebih pantas, disamping membawakan sokongan untuk memuat-turun video terus dari pelayar web. Sokongan menu “Open in Private Tab” juga turut ditambah pada kemaskini ini.
Bagi pengguna peranti Android, anda boleh memuat-turun pelayar web Opera 15 hari ini dari Google Play Store, dan menggunakan beberapa ciri-ciri baru yang disertakan bersama-sama dengannya.