Celcom Bekerjasama Dengan Mobiroo – Menawarkan Akses Aplikasi Android Berbayar

Diterbitkan pada July 9, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pihak Mobiroo, sekaligus menawarkan perkhidmatan Mobiroo kepada para pelanggan Celcom pada harga langganan RM18.80 sebulan (25,000 pelanggan pertama akan ditawarkan dengan harga RM9.90).

Celcom-Mobiroo

Mobiroo menawarkan aplikasi Android premium yang mana bebas daripada pelbagai jenis iklan, selain turut menawarkan aplikasi berbayar melalui perkhidmatan mereka. Daripada apa yang dikongsikan, angka aplikasi yang ditawarkan melalui Mobiroo dijangka akan mencapai 1000 aplikasi menjelang penghujung tahun ini.

Para pengguna Android yang menggunakan talian Celcom boleh melanggannya ataupun mencuba versi percubaan selama 7 hari yang ditawarkan oleh Celcom.

Pada tahun ini, kelihatan pihak Celcom memberikan perhatian kepada bahagian aplikasi mudah-alih, dimana selain kerjasama Mobiroo ini, mereka juga telah mengumumkan kerjasama dengan Seemless sebelum ini, disamping turut hadir dengan aplikasi ESCNow.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami